Tuesday, 19 September 2017

Burger Delicious #BurgerDelivery

Assalamualaikum...

Holla! Post kali ni Ira nak promote sikit pasal bisnes burger delivery family Ira. Sesiapa yang nak order pm cepat cepat ok? Tunggu ape lagi? Burger delivery kot. Order je burger tu akan dihantar depan rumah korang. Cod area kolej lagenda, mantin dan nilai negeri sembilan sahaja.


Nampak tak gambar flyers kat atas tu? Sorry Ira baru design flyers tu tadi. Tak sempat nak print lagi. Kejap lagi gi print lah hehehe. Sape nak Ira bagi menu kat sini...


Sebenarnya Ira design menu ni kat word and then copy paste kat publisher. Bila save as picture background dia tak nampak. Sesiapa yang nak order akan dicaj 0.50 sen area kolej lagenda, mantin rm1 dan nilai rm2. Ni delivery tau. Jangan pulak pm Ira tanya burger ni jual kat mana? Burger ni jual kat rumah Iralah. Ira buat bisnes penghantaran. 

So, doa doakanlah bisnes kami berjaya ye :) Nanti dah makan burger sedap ni jangan lupa bagi feedback! Tq :)


Friday, 15 September 2017

Si Putih Whitey...

Assalamualaikum...

Habis kelas je terus pergi library sebab nak update blog yang asyik terbiar je. So now Ira nak aktifkan balik blog ni. Nak naikkan traffic. Nak jugak merasa duit nuffnang. Huhu. Sape si putih whitey tu? Haa, kucing family Ira. Kesian dia hari hari duk dalam sangkar. Kadang kadang je dia keluar. Tu pun sebab nak bagi dia makan. Kalau tak nanti dapat je keluar suka sangat turun bawah. Rumah Ira apartment...

Si putih whitey ni kuat makan tau. Kuat makan, kuat berak. Biasalah kucing. Nak buat ape lagi selain makan tido makan tido pastu berak hehehe. Kenapa nama dia putih whitey? Sebab bulu dia semua warna putih. Ekor dia je ada sikit belang belang hitam. Sikit je sampai kita orang ingat ekor dia tu terkena minyak.

Haa yang whitey tu dalam bahasa melayu dia putih lah. Family Ira ramai yang panggil dia whitey. Kadang putih. Tak tentu. Nak tengok gambar dia? Nanti Ira upload ye. Gelagat gelagat si putih whitey ni. Ira bersyukur sangat kat Allah sebab Allah hadirkan si putih whitey ni dalam rumah kita orang. Dulu Ira nak sangat ada kucing. Haa sekarang dah ada, kenalah jaga elok elok.

Bila scroll post post kat fb, seronok sangat baca fakta pasal kucing. Kucing pembawa rezekilah and macam macam lagilah. Ira nak sangat bela kucing bukan sebab apa. Sebab rindu sangat. Dulu masa Ira duduk kat Jb, kucing Ira banyak. Sekarang sekor je sebab duduk apartment kan. Susah sikit nak bela banyak banyak.

Monday, 11 September 2017

Linton University College

Image result for linton university college mantin

Assalamualaikum... 

Sekarang ni blog Ira betul2 dah berhabuk sebab busy sangat. Nak kata busy, takdelah busy mana cuma sibuk dengan kelas kat kolej jelah. Ingat hari ni nak research nota untuk presentation. So, disebabkan tak belajar satu apa lagi Ira malas. Yelah, kalau dah belajar sikit tahulah at least sikit. Hmm, dah lupakan. Nak fokus tulis entry kat blog. 

Kalau korang pernah bukak kat tab bahagian UNIVERSITY ni korang tahulah u mana yang Ira pernah pergi and buat student visit. Now Ira nak kongsikan dengan korang tentang u Ira sendiri. Tempat di mana Ira belajar sekarang. 

LINTON UNIVERSITY COLLEGE

Pernah dengar kolej ni? Sure Ira tahu ada yang pernah, ada yang tahu gitu2 je dan ada yang tak pernah dengar langsung pasal kolej ni. Ni kolej swasta yang telah diiktiraf oleh MQA sendiri. Ira admit kolej ni tak famous sebab dia terletak kat kawasan yang sangat terpencil. Sebab tu orang tak tahu. Linton University College atau Kolej Universiti Linton ni terletak di Mantin, Negeri Sembilan. Ira pilih kolej untuk sambung belajar sebab dekat. Ye, dekat sangat dengan rumah. Kalau Ira pergi tempat lain banyak guna duit. So, Ira beruntung sebab dekat dengan parents hihi.

Macam mana Ira boleh masuk sini pulak?
Haa, masa tu Ira kerja hotel and then tiba2 ada orang call. Rupa rupanya agen kolej tulah. Dia call Ira susah payah untuk tarik Ira masuk dalam kolej tu. Dia contact mak Ira untuk dapatkan persetujuan. Lastly, Ira dapatlah masuk sini. Tak naklah cerita panjang. Pasal Ira terpaksa berhenti 24 jam kerja hotel tu semua. Tu semua demi kebaikan Ira jugak. Ira nak sambung belajar. Tu impian Ira selama ni ke menara gading.

Belajar kat sini memang kos dia mahal sebab swasta kan. Tapi Ira dapat pinjaman dari PTPTN. Ira ada jugak terbaca kat artikel mana entah, ada yang cakap kolej ni penipu sebab tak bagi duit poket. Ada jugak yang cakap kolej ni tak bagus and whatever lah. Ira rasa was was bila baca pasal tu. Bila dah rasa was was Ira cubalah tanya agen Ira sendiri. Rupa rupanya duit PTPTN tu memang semua untuk kos pembelajaran Ira kat sini. Tak dapat duit poket. Faham...

Tujuan Ira nak review pasal kolej ni ialah nak famous kan kolej ni lah. Ni universiti kolej eh! Bukan kolej kemahiran. Memang universiti. Pengalaman Ira kat kolej ni, seronok jugaklah dapat kenal dengan kawan kawan dari Sarawak. Tak pernah2 kenal dengan orang sarawak jadi kenal and tahu budaya dia orang. Yang paling best masa kat orentasi. Sumpah best. Cuma Ira masuk minggu kedua tu yang lambat sikit kenal dengan student2 yang sama batch dengan Ira.

So sekarang, Ira baru semester yang ke-2. Ira ambik course Business Studies. First year ehh. Otak dahlah lemah kira kira tapi takpelah redha jelah. Ni semua ada hikmahnya kenapa Allah letakkan kita sesuatu tempat tu. Oklah sampai sini je nak share! Yang pasal result first sem Ira tu lain kalilah ehh. Apa apa korang boleh pergi kat laman web kolej tu sendiri.


P/s : Nanti kalau dapat tawaran sambung belajar kat kolej ni janganlah tolak awal awal. Cuba fikir dulu mana yang baik mana yang buruk :)