Saturday, 14 November 2015

My Crazy Tutor #2


Bab 2

Mata Fayyad sedari tadi menatap skrin komputer ribanya. Sudah seminggu dia mengiklankan jawatan sebagai private tutor di blognya. Tapi sampai sekarang tiada respon. Dia terpandangkan komen di bawah post itu. Dia terkejut melihat pertanyaan dari wanita yang umurnya lebih kurang 40-an itu. 

Encik boleh mengajar dengan baik ke?

Insya-Allah boleh. Kenapa puan tanya ni?


Saja sebab anak perempuan saya nak SPM tahun ni. Dia tu susah sikit nak diajar...


Tak apa puan. Saya dah biasa mengajar pelajar yang nak ambil SPM.


Baguslah kalau macam tu.


Kemudian wanita itu menghantar alamat rumahnya melalui e-mel. Fayyad terpaksa berbohong kerana kini susah mahu cari kerja! Lagi-lagi papanya tidak suka melihat dia menganggur di rumah.

Fayyad yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam perniagaan itu mungkin dapat mengajar dengan baik. Insya-Allah aku boleh, desisnya.


****
Seperti biasa Anis pulang ke rumahnya dengan wajah kusut. Dia tidak mahu memberitahu ibunya tentang keadaan di kelas pagi tadi. Sungguh malu apabila mengenangkan dirinya dirotan akibat tidur di dalam kelas fizik. Malunya!

Apabila sampai di kawasan apartmenya, dia terkejut melihat sebuah kereta Honda yang terletak di parking. Macam pernah nampak kereta ni, getus Anis.

Dia pantas mendaki tangga dan mengatur langkah ke rumahnya. Anis memberi salam dengan sopan lantas mengucup tangan ibunya yang sedang menyapu.

“Awal balik hari ni?” Ujar Puan Aisyah.

“Hari ni tak banyak kereta. Tu yang Anis jalan cepat.” 

Bau nasi ayam menusuk hidungnya. “Ibu masak nasi ayam eh?” Soalnya. Kebetulan perutnya sudah berkeroncong.

“Hmm...” 


Baru setapak Anis melangkah masuk ke dalam rumahnya, dia terlanggar seseorang. Seseorang itu seperti sudah biasa dilihat. Kacaknya...

“Kau?” Soal lelaki itu. Terkejut melihat Anis. 

“Awak? Kenapa awak boleh ada kat rumah saya ni?” Anis lagi terkejut melihat lelaki ini. Lelaki semalam yang langsung tidak tahu berbudi bahasa. Geramnya bila teringat pasal kejadian tu!

“Ibu! Siapa dia ni...” Laung Anis.

“Ibu lupa nak kenal kan tutor kau. Kenal kan ni Cikgu Fayyad, cikgu ni anak perempuan saya Anis Kirana.” Ujar Puan Aisyah sambil tersenyum sinis.

Anis mengetap bibirnya. Dia pantas menuju ke biliknya. Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil. “Kenapa dia tutor aku? Isy menyakitkan betul!” Omel Anis sendirian. Selepas mandi dan solat asar, dia mencapai buku-bukunya lalu duduk di ruang tamu. Nasib baik di rumahnya mempunyai meja khas untuk belajar. ‘Meja orang Jepun...’

“Belajar elok-elok. Ibu nak sambung masak untuk berniaga esok.” Getus Puan Aisyah lalu pergi ke dapur untuk menyambung tugasnya.

Puan Aisyah sempat menyediakan air oren dan goreng keropok lekor untuk anak perempuannya dan juga Cikgu Fayyad.

“Cakap dengan aku subjek apa yang kau lemah?” Ujar Fayyad sambil merenung anak mata Anis.

“Semua.” Jawab Anis jujur.

“Semua? Bodohnya kau ni. Jarang aku jumpa budak perempuan yang malas belajar macam kau.”

“Cikgu ni boleh tak cakap tu guna bahasa yang elok-elok sikit? Kasar sangat!” Omel Anis. Mulutnya sedari tadi mengunyah keropok lekor.

“Nak elok macam mana lagi? Dengan kau je aku kasar macam ni. Kalau aku tahulah kau anak murid aku, aku tak ingin nak mengajar.” Desis Fayyad sambil menjeling matanya.

“Cakap tu baik sikit eh. Ibu saya bayar cikgu tau! Nanti saya mengadu kat ibu saya biar padan dengan muka cikgu.” 

“Okey, okey... Tapi aku tak selesalah kau panggil aku cikgu.”

“Habis nak panggil apa?”

Fayyad senyum sinis. “Panggil je aku Fayyad. Aku tak suka orang panggil aku cikgu. Nampak macam aku ni tua sangat. Umur aku baru dua puluh lima tahun. Muda kan?” Ujarnya lalu mengenyitkan mata.

“Hahaha. Mudalah sangat!”

“Okey sekarang ni aku nak ajar kau subjek matematik tambahan dulu sebab ibu kau cakap kau dapat dua markah je dalam subjek tu. Nak gelak aku dengar tau! Keluarkan kertas kosong dengan pensel. Kalau ada buku latihan pun bagus jugak.” Getus Fayyad.

Hampir dua jam Fayyad mengajar gadis itu subjek matematik tambahan. Dia juga memberikan formula-formula yang mudah untuk dihafal. Walaupun tidak berapa mahir mengajar, dia tetap lakukan yang terbaik. Apabila sedang mengajar, dia teringat zaman sekolahnya yang asyik dirotan oleh guru subjek matematik tambahannya akibat tidak dapat menghafal formula dengan baik. Malu bila teringat kenangan itu...

“Awak kenapa?” Soal Anis yang melihat Fayyad mengelamun seketika. 

“Tak ada apa-apa.” 

“Dah dua jam awak mengajar ni. Awak tak penat ke? Awak bersungguh-sungguh ajar saya. Kalau saya lulus kali ni, saya janji saya akan bagi awak hadiah.”

“Tak payahlah Anis. Aku ikhlas nak ajar kau.”

“Betul ni?”

“Hmm... Okeylah kita belajar subjek lain pulak. Aku nak kau siapkan latihan ni okey? Nanti esok aku nak tengok.”

“Okey bos!”

Tepat pukul 8 malam, Fayyad kemas barang-barangnya. Dia meminta diri untuk pulang. Puan Aisyah mempelawanya untuk makan malam tetapi dia menolak kerana dia sudah berjanji dengan keluarganya untuk makan malam bersama.












No comments: