Saturday, 14 November 2015

My Crazy Tutor #5


Bab 5

Cuti sekolah bermula...

Pagi Sabtu yang sungguh indah. Anis sengaja tidak tidur selepas solat Subuh kerana hatinya sudah tidak sabar lagi mahu keluar dengan Fayyad. Mana tahu kali ni keluar dengan tutornya lagi seronok dari keluar dengan kekasih cinta monyetnya sebelum ni. Membosankan!

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Seperti biasa kalau mahu keluar berjalan, Anis akan bersiap lebih awal. Dia hanya mengenakan t-shirt lengan panjang dan seluar jeans. Rambutnya dibiar lepas.

Anis capai beg sandangnya kemudian dia melangkah ke dapur untuk menikmati sarapan yang disediakan oleh ibunya.

“Nak keluar dengan siapa?” Tegur Puan Aisyah sambil menyapukan nutella di atas roti untuk anak perempuannya.

“Dengan Cikgu Fayyadlah. Cuti sekolah dua minggu, minggu lagi satu dia nak bawak kita pergi bercuti kat Genting Highland. Tu yang Anis tak sabar nak tunggu minggu lagi satu tu.” Ujar Anis.

“Kau biar betul, Anis?” Soal Puan Aisyah. Kali ni hatinya pula yang tidak sabar.

“Betullah. Buat apa Anis nak tipu. Dah Cikgu Fayyad yang cakap macam tu.”

“Wah, kalau macam tu ibu kena buat persediaan ni. Ibu nak masak pelbagai jenis makanan sebelum pergi sana.”

“Ibu pulak yang excited.”

“Mestilah. Kita mana pernah jejak sana lagi.”

Telefon Anis berbunyi. Nama Crazy Tutor terpampang di skrin telefonnya. Dia pantas menjawab panggilan itu.

“Dah siap belum? Aku dah sampai kat bawah ni.” Ujar Fayyad.

“Kejap lagi saya turun.”

“Cikgu kau dah sampai ke?” Soal Puan Aisyah.

“Dah. Ibu, Anis pergi dulu tau.” Ujar Anis lantas dia mengucup tangan ibunya.

Sepanjang dalam perjalanan ke Mid Valley, suasana di dalam kereta sunyi sepi. Dengan selamba, Anis memasukkan CD lagu kegemarannya di dalam radio. Dia rancak menyanyikan lagu-lagu yang dimainkan.

Telinga Fayyad berdesing apabila mendengar lagu-lagu yang dimainkan itu. Dia sememangnya tidak suka mendengar lagu rancak. Kalau lagu romantik tak apalah jugak. Ni buat sakit telinga je dengar. Dia pantas menutup radio itu.

“Alah... Kenapa awak tutup? Bosanlah dari tadi sunyi aje.” Ujar Anis sambil mencebikkan bibir.

“Suka hati akulah nak tutup ke, nak bukak ke. Kau sibuk kenapa? Ni kereta aku, aku punya sukalah. Memekak je!”

Sampai di Mid Valley, Fayyad masuk ke banyak kedai baju dan minyak wangi. Dia tak buat pilihan semasa membeli malah dia hanya ambil dan lontar kepada Anis. Keluar dari kedai-kedai itu, Anis memegang banyak beg plastik. Dah penuh ni sampai tak cukup tangan nak pegang!

“Awak nak pergi mana lagi? Saya dah tak cukup tangan ni.” Omel Anis lantas terduduk di atas lantai. Dia malas mahu mengikut langkah lelaki ini lagi. Ternyata keluar dengan Fayyad lebih membosankan!

“Ikut jelah. Kau jangan nak buat malu aku boleh tak? Kau bangun sekarang atau kau nak aku dukung kau.” Muka Fayyad merah akibat menahan malu. Baru dia nak sentuh pinggang Anis, Anis pantas bangun.

Setelah penat berjalan, akhirnya Anis duduk di atas bangku yang disediakan. Fayyad membeli dua aiskrim. Satu untuknya, satu lagi untuk Anis.

“Nah...”

“Terima kasih. Baik jugak awak ni.”

Anis makan aiskrim vanila itu dengan gelojoh berbanding Fayyad. Fayyad memandang gadis itu sambil menggeleng kepalanya. “Comotnya kau makan.”

Lantas Fayyad ambil tisu dan lap bibir Anis yang comot dengan aiskrim itu. Anis merenung anak mata Fayyad. Hatinya sudah cair. Kalau Syasya tengok adegan ni, satu sekolah kecoh!

Fayyad leka mengelap lalu dia mendekati wajah Anis. Anis menutup matanya. Wajah Fayyad semakin dekat. Kemudian dia membisikkan sesuatu. “Lain kali makan sopan sikit.” Katanya lalu menunjal perlahan kepala Anis.

“Kau ingat aku nak buat apa? Nak cium kau? Eii tak inginlah.” Getus Fayyad.
Anis mencebik lalu dia menumbuk lengan Fayyad.

“Kau ingat sakit?”

Anis menjelirkan lidahnya. Dia ingin meninggalkan lelaki itu sendirian namun Fayyad pantas menarik tangannya. Dia jatuh dan kini dia berada di dalam pelukan lelaki itu.. Mata mereka bertatapan seketika. “Syaza, saya rindukan awak.” Ucap Fayyad perlahan.

Belum sempat dia mahu mengucup bibir kekasihnya itu, Anis pantas menolak wajah lelaki itu. “Siapa Syaza?” Soalnya lalu dia duduk jauh dari Fayyad.

Fayyad tersedar dari lamunannya. Dia tidak sedar bahawa gadis yang berada di depannya ialah Anis Kirana bukannya Syaza.

“Maafkan aku. Aku betul-betul tak sedar tadi.” Ujar Fayyad.

Anis senyum nipis. Dia mendekati Fayyad sambil mengusap bahunya. “Saya faham perasaan awak.”

“Anis, aku rindukan dia.” Bidas Fayyad lantas dia letak kepalanya di atas bahu Anis.

“Siapa dia tu? Syaza?”

Fayyad mengangguk perlahan. Air matanya mengalir deras. Setiap hari dia memikirkan tentang Syaza. Dia terlalu cintakan gadis itu sehingga tidak dapat melupakannya.

“Awak, janganlah nangis. Kalau awak nangis, nanti saya nangis jugak.” Kata Anis sambil menghulurkan tisu kepada Fayyad.

“Aku tak boleh cerita pasal arwah Syaza sekarang. Nanti kalau ada masa aku cerita pasal dia.” Gumam Fayyad sebak.

“Dia dah meninggal?”

“Dah setahun dia meninggal.”

“Oh maafkan saya sebab tak tahu. Semoga roh arwah tenang kat sana.”

“Tak apa, Inya-Allah.”

Tepat pukul 4 petang Fayyad menghantar Anis pulang ke rumah. Kenangan yang paling dia tak boleh lupa masa Fayyad nangis! Menangis depan dia pulak tu. Mesti arwah Syaza itu baik orangnya sehingga Fayyad tidak dapat melupakannya sehingga sekarang.










No comments: