Sunday, 28 August 2016

PEREMPUAN ~

Assalamualaikum...

Image result for girls ootd tumblr

Girls?

Horray dah habis trial hahaha! Kau jangan suka sangat, spm tak lepas lagi... Entah apa result yang keluar nanti. Janganlah ada yang failed... 

Malam ni saja nak cakap pasal attitude perempuan. Macam biasalah Ira pun perempuan, so senang sikitlah nak berhujah pasal perempuan ni. Kalau dah namanya perempuan, tak habis dengan lelaki, fesyen, dress up, cakap banyak like me. Then overthinking tak tentu pasal sampai sakit kepala. Bila nak period je mulalah bad mood. Betul tak kaum hawa?

First of all, kuat makan. Perempuan memang kuat makan. Itu fakta wajib. Macam Iralah. Nampak badan kecik tapi kalau bab makan, amik kau! Monster pun kalah. Lagi lagi kalau ada aiskrim... Pergh! Tengah kempunan ni. Hehehe. Pernah tak, bila merajuk balas chat nak tak nak aje. Lepas tu kalau marah betul balas chat dah macam karangan. Yeah, itu Ira jugak. Macam lion!

Tu antara ayat yang Ira copy dari facebook dan sememangnya sama dengan perangai Ira sendiri. Kalau korang tak kenal Ira betul betul memang Ira akan jadi pendiam. Pendiam yang amat. Sampai orang pun ingat Ira sombong. Bila dah kenal, semua cerita Ira akan bukak. Tapi err, Ira tak berminat sangat nak bercerita pasal orang. Mengumpat eh kata orang? Sebab benda tu kan berdosa besar. Kadang kadang kan kita sendiri tak sedar yang kita tengah mengumpat orang. Ira ada dengar dari tazkirah ustaz, perempuan ni nak masuk syurga senang aje. Jaga lidah sebab kat neraka ramai penghuni perempuan dari lelaki. Jaga solat, tutup aurat dengan sempurna. 

Kalau bab fesyen pulak, tak salah nak pakai apa pun asalkan yang menutup aurat. Sekarang ni Ira tengah praktis jugak tutup aurat dengan sempurna. Yang paling best Ira dah cuba pakai purdah. Alhamdulillah selesa sangat. Cuma nak makan dengan minum jelah susah sikit. Yang tak bestnya perempuan ni senang nak nangis. Yalah hati perempuan kan lembut. 

Nanti dah kahwin kena belajar masak pulak dari mak Ira. Tak pun tengok tengok sikit resepi kat encik google. Kalau tak pandai masak nanti lari pulak DIA. Haha. Sedangkan nak potong bawang merah pun payah. Apa lagi nak potong ayam nanti. Huhu sedih betul. Nasib baiklah Ira dah tau sikit masak sambal. Hihi!




Sunday, 21 August 2016

Smile, smile and smile.

Assalamualaikum...



"Jadilah wanita yang paling bahagia dengan senyumanmu. Lupakan kesedihan yang menimpamu. Sentiasa fikirkan perkara yang membuatkan kamu bahagia."

Perkataan dari buku yang Ira baca iaitu Jangan bersedih, Jadilah wanita yang paling bahagia. Best buku ni. Semua perkataan yang ada dalam buku tu deep. Nak? Tanya kawan Ira sebab Ira pun pinjam buku tu dari dia hahaha. Thanks Mira sebab pinjamkan buku tu kat aku.

Masa Ira baca buku tulah hati Ira terdetik nak berubah. Yalah, buku tu seolah olah mengajar Ira erti kesabaran yang sebenar benarnya. Senyum selagi mampu. Senyum pun dikira sebagai sedekah tau tak. Dulu kan Ira selalu post kat blog ni pasal sedih aje. Sekarang ni Ira nak post pasal happy good lucky aje... Barulah korang nak baca kan? 

Impian Ira, Ira nak travel jauh jauh then kongsikan dengan korang. Kalau mampu, Ira bawak family Ira sekali. Dah memang tulah impian Ira dari dulu lagi. Bahagiakan family Ira dengan tulang empat kerat ni.

Ira nak penuhkan hari hari Ira dengan senyuman. Kalau sakit, senyum. Kalau sedih, senyum. Walaupun terpaksa tetap senyum jugak. Apa orang kata tu, FAKE SMILE. Kalau happy, haa senyumlah kau lebar lebar. Senyuman boleh hapuskan 1000 kesedihan. Ceh ayat.... So janganlah seksa hidup korang dengan muka yang masam. Sentiasa tersenyum ye! Dengan orang yang tak kenal tu tak payahlah senyum. Kalau rasa muka orang tu scary je kan. Kena berpada pada jugak hehe.





Tentang purdah dan Hidayah Allah SWT

Assalamualaikum...


"Pakai purdah adalah sunat Nabi Muhammad SAW dan juga sunnah. Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang melakukan sunnah. Title syurga akan diberikan ke atasnya..."

Ira sendiri tak tahu kenapa hati Ira terbukak nak pakai purdah ni. Kalau nak ikutkan Ira ni bukan baik sangat pun. Dulu bila tengok orang pakai purdah atau niqab dalam hati mesti ada rasa pelik. "Kenapa orang tu pakai purdah? Ira dulu gelar orang yang pakai purdah ni orang arkam. Padahal kebanyakkannya orang yang pakai purdah ni orang arab kan sebab kat negara dia orang padang pasir.

Ramai yang mempersoalkan tentang purdah ni. Lagi lagi kat Malaysia. Sampai ada orang cakap orang yang pakai purdah ni ajaran sesat. Astagfirullah. Bila Ira kaji balik pasal purdah ni, sama sekali berbeza. Ajaran sesat? Pelik betul. Orang tutup aurat dengan sempurna pun cakap ajaran sesat. Isteri dan anak perempuan Nabi Muhammad SAW juga berpurdah. So? janganlah anggap meraban macam tu.

Secara jujurnya, Ira belum lagi pakai purdah. Cuma hati ni terbukak bila tengok orang orang yang pakai purdah. Kawan Ira cakap bila kita pakai purdah automatik diri kita rasa dilindungi. Macam yang Ira cakap, orang akan pandang kita melalui mata bukan tubuh badan kita. So kat situ dah nampak dah yang kita dah tutup aurat dengan sempurna. Ada jugak orang cakap, nak pakai purdah niat kena betul, bukan nak ikut ikut orang. Ye betul.

Ira selalu harap yang Allah SWT betul betul bagi hidayah kat Ira supaya Ira berubah. Berubah sepenuhnya. Ira tak nak pakai purdah sekarang sebab keadaan. Keadaan yang tak mengizinkan. Kawan Ira nak bagi pinjam purdah dia untuk Ira pakai satu hari. Ira ada jugak terbaca kat blog blog orang lain pasal etika berpurdah.

Niat kena betul. Then, bila kita pakai purdah automatik kita pun akan berubah. Tapi kan, tak semua orang yang pakai purdah ni baik. Kadang yang pakai purdah ni nak tutup aib dia. Macam syaitan yang bertopengkan manusia macam tu?

Hmm insya-allah hope Ira tak macam tulah. Ira cuma terfikir, "Sempat ke aku bertaubat? Buatnya aku mati esok, tak sempat nak mengucap dua kalimah syahadah kalau aku terus terusan perangai macam ni." Haa sebab tulah. Ira takut kalau Ira kemalangan teruk ke. Then tidur tidur terus pergi macam tu. Tak sempat nak kumpul ibadat yang secukupnya untuk kita ke akhirat nanti. Benda tulah yang selalu Ira fikir. 

Mungkin Allah SWT bagi Ira sakit sebab bila kita sakit, kita akan ingat Allah. Subhanallah, baiknya Allah SWT kerana masih bagi Ira peluang untuk berubah sebelum Ira pergi. Ira harap Ira takkan sia siakan peluang ni untuk Ira bertaubat. Insya-allah...



Solat duduk

Assalamualaikum...


Maaf gambar dari encik google...

Tadi lepas mandi wajib Ira cuba untuk bersolat duduk. Kenapa Ira solat duduk? Sebab tadi kepala Ira sakit sangat macam yang Ira cakap kat post sebelum ni. Cikgu sains Ira cakap kalau kepala Ira tak boleh tahan masa solat berdiri better solat duduk. So hari ni Ira try lah. Mula mula memang rasa kekok tapi lama lama alhamdulillah okey.

Apa Ira rasa masa solat duduk? Rasanya sama aje macam solat berdiri. Cuma rukuk kita tundukkan sikit badan lepas tu sujud macam biasalah. Tengoklah kalau waktu asar kepala Ira dah okey, Ira solat macam biasa... Ira cuma nak cakap bila kita jaga solat ni hati kita rasa sentiasa tenang. Tak macam dulu, asyik gelisah lepas tu kelam kabut tak tentu pasal. Percayalah, kita jaga solat, insya-allah Allah pun akan jaga kita.

Sebenarnya niat Ira nak pakai purdah. Ira bukan nak ikut ikut orang tapi hati ni memang dah terbukak nak pakai. Cuma masa je yang tak mengizinkan lagi. Keadaan sebenarnya yang buat Ira rasa takut nak pakai. Hari tu Ira dah cakap dengan kawan Ira dah nak pinjam purdah dia. Dia nak bagi Ira pakai purdah untuk satu hari. Dia sendiri cakap, bila kita pakai purdah ni rasa diri kita ni dilindungi oleh Allah swt. Orang akan pandang kita melalui mata. Selalunya kan orang akan pandang tubuh badan kita right? So kali ni dia akan pandang mata. 

Kalau boleh Ira nak berubah terus ke jalan Allah swt. Nak jaga lidah, aurat, jaga solat and semuanyalah. Nak jadi muslimah dan mukmin yang taat. Memang susah nak jadi baik tapi kalau kita terus istiqamah insya-allah boleh punya. Hati Ira terdetik nak buat semua ni sebab Ira takut Ira tak sempat nak berubah sebelum Ira pergi. Ira takut sangat kalau satu masa Ira tak sempat nak bertaubat. Ira nak pergi dalam keadaan orang yang beriman. 

Hmm lastly, cakaplah benda yang baik baik sebab percakapan itu ialah satu doa. Ingat korang, jagalah mulut dan setiap perkataan yang nak keluar dari mulut korang tu. Biarlah hari ni Ira jadi ustazah sikit. Hehe. Ira dah cakap semua benda Ira minat. Haa kau, sekali jadi ustazah memang terbayek x)






Thursday, 18 August 2016

Cerpen : Suatu Hari Di Bukit Broga

Kenangan yang mengembalikan ingatanku...”

Sejak tersedar dari koma, Farina sering tertanya-tanya. Di manakah dia? Siapa dia dan... Mengapa dia perlu terlantar selama berbulan-bulan sedangkan orang lain gembira tanpa dugaan pun. Lebih-lebih lagi dia perlu menghadapi amnesia. Dia langsung tidak mengenali sesiapa pun kecuali mama dan papanya.

“Arin?” sapa seseorang yang dia tidak mengenalinya.

“Awak siapa? Macam mana awak boleh tahu nama saya?” ujar Farina. Matanya kembali memandang kolam ikan di taman mini rumahnya.

“Aku Amira. Takkan kau tak ingat siapa aku walau sikit pun? Aku kawan kau Rin.” getus Amira.

“Maaf, tak. Aku amnesia. Aku tak boleh ingat sesiapa pun kecuali mama dan papa aku.”

Amira terdiam. Dia memegang tangan Farina lembut. “Aku tahu macam mana nak pulihkan ingatan kau. Ikut aku esok pergi satu tempat. Tempat tulah kita sama-sama menggila dan kat situlah seseorang yang kau cintai jaga kau sampai kau jatuh. Mungkin kau hilang ingatan sebab kau tahu dalam hati dia masih sukakan cinta pertama dia...” terang Amira.

“Eh yeke? Bukan ke mama aku cakap aku kemalangan sampai aku koma?” Farina tidak puas hati. Kepalanya terasa sakit apabila mahu mengingati perkara yang sudah berlalu.

Keesokannya, Amira menjemput sahabatnya dari rumah dan terus ke bukit Broga. Mata Farina kaku melihat keindahan bukit itu. Kepalanya terasa sakit. Dia sukar untuk ingat. “Mira, tak boleh ke kau cerita semua? Aku dah penatlah asyik nak mengingat. Kepala aku sakit.”

Amira senyum sinis. “Kejap.”

Selang beberapa minit, seorang jejaka datang dan memainkan lagu memori berkasih yang dinyanyikan oleh Achik dan Nana. Farina terkedu. “Siapa dia?”

“Assalamualaikum, Farina. Saya dah lama tunggu awak. Saya rindu awak, sayang.” ujar lelaki itu. Lelaki itu ialah Adi. Adi merupakan teman lelaki Farina sejak mereka berumur tujuh belas tahun lagi. Sehingga kini, Adi masih setia.

Amira senyum lantas meninggalkan mereka.

“Waalaikumussalam. Maaf, saya tak kenal awak.” balas Farina. Dia berpeluk tubuh.

“Tapi saya rindu awak. Rindu tentang kita. Takkan awak tak ingat tempat ni? Dan... Lagu memori berkasih tulah yang menemukan kita dulu.” kata Adi.

Farina menggeleng.

“Saya nak mintak maaf kat awak sebab dulu saya masih cintakan cinta pertama saya dan selalu tak ada masa dengan awak. Awak tau, saya bagai nak gila bila nampak awak jatuh dari bukit ni dulu? Masa tu kali kedua kita pergi mendaki.”

“Oh macam tu. Maknanya dulu awak menduakan perasaan sayalah? Pendapat saya walaupun saya tak ingat awak, awak tak patut buat macam tu. Saya rasa mesti saya jatuh dari bukit tu sebab saya terlalu pendam perkara tu.”

“Sebab tu saya rasa serba salah sampai sekarang.”

Kaki Farina tersalah langkah. Kakinya tersadung batu lantas jatuh terhantuk. Darah dari kepalanya deras mengalir. Pandangannya gelap seketika.

Tiga hari kemudian...

Farina sudah ingat segala-galanya. Rupa-rupanya disebabkan terlalu cemburu dia jatuh dari bukit Broga itu. Kali ni dia pergi ke Port Dickson untuk menenangkan fikirannya. Dia cuba untuk melupakan tapi semakin dia mahu melupakan, rindu itu datang menghantui dirinya.

“Argh!!!” laungnya sambil ditemani bunyi deruan air laut. Dia membaling batu-batu kecil ke dalam laut.

“Rindu itu fitrah. Tipu kalau awak cakap, awak tak rindu saya dan mahu melupakan semua kenangan yang kita dah cipta? Kenapa awak diam Farina? Jawablah sayang!” ujar Adi sambil mendekati Farina.

Air mata Farina deras mengalir. Dia terkedu dan tidak terkata apa. “Saya tak rindu. Saya langsung tak rindu awak.”

“Tipu. Amira cakap awak dah ingat semuanya. Please sayang, say something.”

Farina melangkah jauh. Adi sempat mencapai tangannya. “Kali ni, saya tak sanggup nak tengok perempuan yang saya cintai cedera lagi.”

“Awak masih cintakan Tirah? Bukan ke perasaan awak tak pernah berubah walau sikit pun? Lima tahun awak sukakan dia dan awak tau, betapa sakitnya hati saya ni... Memanglah Tirah ada orang lain. Tapi saya cemburu jugak. Saya tak boleh terima kenyataan sebab bagi saya, saya ni orang asing dalam hidup awak,” ujar Farina.


Adi diam. Dia cuba melupakan gadis yang bernama Tirah namun sukar. Tapi dia tetap salah kerana dia, Farina jatuh dari bukit Broga. Hatinya berbelah bagi. “Maaf sayang, saya tetap tak boleh lupakan dia,” getus Adi.

“Jadi, lupakan saya. Anggaplah saya tak pernah wujud dalam hidup awak. Sia-sialah semua kenangan kita tu kalau awak masih cintakan orang lain. Dahlah, semoga awak bahagia dengan dia atau orang lain.” kata Farina.

Adi mengeluarkan kotak cincin yang berbentuk hati lalu menghulurkan pada Farina. “Sayang, saya datang sini bukan nak gaduh tapi nak melamar awak. Sudikah awak jadi isteri saya?”

Farina merenung cincin itu. Persoalannya sekarang, macam mana Adi tahu dia berada di Port Dickson? Oh lupa. Amira... Pasti Amira yang memberitahunya.

“Tak guna kalau kita kahwin pun awak masih simpan hati kat orang lain,” desisnya.

Adi pantas menyarunkan cincin itu di jari manis Farina. “Saya nak buktikan yang kali ni cinta saya bukan main-main dan cinta ini juga yang akan membawa kita ke pelamin.”

Farina diam. “Betul?”

Adi mengangguk. “Awaklah jodoh yang saya cari selama ni. Bukan Tirah dan bukan orang lain. Tirah ialah masa silam saya dan awak masa depan saya. Sejak awak koma, awak tak tau dah berapa banyak air mata saya mengalir untuk awak? Bila dengar awak dah sedar, hati saya dah cukup gembira. Tapi malangnya, awak amnesia. Awak langsung tak ingat saya. Nur Farina, saya ikhlas cintakan awak dan sayangkan awak. Kalau boleh saya nak awak jadi makmum dan ibu kepada anak-anak saya dunia dan akhirat.”

Setahun kemudian...

Akhirnya Farina dan Adi menjadi pasangan yang paling bahagia. Kini, Farina bakal melahirkan cahaya mata lelaki. Benarlah kata orang, cinta pertama mungkin jadi cinta yang terakhir tapi cinta pertama tak semestinya akan kekal di dalam hati selamanya.

“Saya sayang awak Adi...”

Wednesday, 17 August 2016

Cerpen : Menjelang Hari Esok

“Esok pasti saya akan pergi...”

Juliana atau lebih dikenali sebagai Jue seorang yang periang orangnya. Adakala dia akan jadi pendiam. Diam seribu bahasa sehingga semua orang sukar mentafsirkannya. Setiap hari dia hanya akan menjadi ‘ok’ saja. Tetapi kali ini, tiba-tiba saja dia mahu berubah. Hatinya terdetik untuk memakai purdah dan berhijab seperti gadis arab.

“Aku tak fahamlah dengan kau Jue,” ujar Syasya yang merupakan sahabat baik Jue sejak kecil lagi.

Jue mengerutkan dahinya, “Apa yang kau tak faham lagi Sya?” Pertanyaan sahabatnya itu dibalas dengan pandangan sinis.

“Yalah. Kau tiba-tiba nak pakai purdah lepas tu nak berhijab dah kenapa?” soal Syasya. Dia hairan melihat sahabatnya yang semakin hari semakin pelik. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Ada apa dengan Jue?

Jue diam. Dia tidak membalas pertanyaan Syasya sebaliknya matanya fokus kepada bacaaannya yang berkenaan tentang ‘Sunnah Memakai Niqab’. Helaian demi helaian, air mata Jue tiba-tiba mengalir dengan deras sekali.

“Eh, aku peliklah dengan kau ni, Juliana! Dulu kau tak suka membaca pun. Ni baca sikit dah nak keluar air mata. Dahlah aku malas nak layan kau ni.” kata Syasya yang mula rimas dengan semua persoalan yang bermain di dalam fikirannya.

Jue bermonolog dengan dirinya sendiri.

“Esok pasti saya akan pergi...”

Keesokannya, Jue pergi ke sekolah memakai purdah. Semua orang memandangnya semacam. Perangainya yang periang dulu berubah menjadi seratus peratus pendiam.

“Jue, aku tak sukalah tengok kau macam ni,” getus Syasya jujur. Jue yang sekarang berbeza sungguh dengan yang dulu. Dulu katanya tidak suka memakai tudung labuh dan menganggap orang yang memakai purdah itu ustazah dan naif.

“Kenapa? Bukan ke ini sunnah Nabi Muhammad SAW? Aku tak kisah orang nak cakap apa pun pasal aku...” Belum sempat dia meneruskan kata-katanya, pandangannya serta-merta menjadi gelap-gelita. Kepalanya sakit bagai dicucuk-cucuk. Dia memegang kepalanya yang sakit lantas tubuhnya jatuh ke atas lantai.

Petang itu juga Juliana menghembuskan nafasnya yang terakhir. Syasya ialah di antara orang yang paling berasa serba salah pada arwah Jue. Dia tidak menyangka selama ini sahabatnya menyimpan rahsia yang semua orang tidak tahu iaitu mempunyai penyakit serius tumor otak tahap empat. Tumor itu bukan sebarang tumor tapi berkaitan dengan kanser.

Setiap kali melihat rekod kesihatan arwah sahabatnya, dia mengalirkan air matanya. Dalam masa yang sama, Syasya terjumpa diari peribadi milik arwah. Air matanya semakin deras mengalir apabila membaca bait-bait perkataan yang tertulis di dalam diari itu.

“Esok pasti saya akan pergi...”

Aku sengaja menyembunyikan segala rahsia ini kerana aku tahu jika aku memberitahunya pasti sesetengah orang tidak dapat menerima hakikat. Biarlah aku sendiri yang menanggungnya. Dalam masa yang sama, hatiku terdetik untuk berubah. Berubah ke jalan Allah SWT. Biarlah semua orang menegah aku memakai niqab. Aku tidak peduli akan semua kata-kata itu. Bagiku, wanita yang memakai niqab ini telah melaksanakan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar kepadanya. Aku harap aku sempat bertaubat sebelum aku pergi mengadap ilahi. Terima kasih mak, ayah dan sahabatku Syasya kerana selama ini selalu ada di samping aku. Selamat tinggal semua... Maafkan aku jika aku telah membuat banyak kesilapan. 

Sekian... Ikhlas dari Fifi Juliana

Syasya menutup kembali diari peribadi itu. Dia mengesat air matanya sambil bermonolog, “Aku dah lama maafkan kau Jue. Aku rindu kau sangat-sangat. Semoga roh kau tenang kat sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin...”


Monday, 27 June 2016

FROG VLE

Assalamualaikum...

Holla gais! Jarang dapat on lappy kat sekolah. Time add math tiba tiba cikgu bawak kita orang gi bilik komputer. Seronok hahaha.

Sebenarnya aku rasa motif pegi sini sebab nak login frog vle. Yeke? Aku tengok ramai ke lain >< Ada yang bukak youtube lah bagai... So apa lagi aku gunakan lah peluang ni untuk bukak blog. Update kejap. Kalau nak update kat rumah jangan harap... Fuh pening pulak kepala aku ni haih... Nasib badanlah

Sunday, 12 June 2016

Sakit Kepala Berterusan

Assalamualaikum...


Ya Allah, kenapa setiap hari kepala aku sakit? Kadang kadang tak boleh nak bukak mata pun. Sakit tu sampai ke kening, hidung, mulut, pipi... Boleh dikatakan seluruh muka aku ni sakit. Berdenyut denyut pulak tu. Start tahun ni lah kepala aku sakit teruk. Nak kata aku stres sangat adalah jugak. Tahun lepas pun stres jugak. Tapi takdelah teruk sangat macam tahun ni.

Aku banyak buat searching kat google pasal sakit kepala aku yang berterusan ni. Sakit kepala aku ni nama dia sakit kepala kluster, mungkin disebabkan tumor. Ya Allah, janganlah aku ada ketumbuhan ke tumor semua tu. Aku takut sangat. Dahlah aku ada penyakit darah yang serious Talasemia. Penyakit tu sebenarnya takdelah effect apa apa pun. Cuma effect bila dah  kahwin je. Kenalah pilih suami yang takde Talasemia.

Mak aku cakap jangan fikir sangat sakit kepala tu. Memanglah aku tak nak fikir. Tapi dah makin lama makin sakit, aku pun tak tahan. Nak buat homework tak boleh nak berfikir. Kadang kepala ni ok kadang tak. Bencinyaaa!!!!

Kenapalah tahun ni macam macam penyakit timbul. Ada jugak kata mata aku dah rabun betul. Maybe silau aku tinggi sangat. Yes, aku memang ada rabun silau yang tinggi. Belum buat spec lagi. Aku tak kisah sangat pasal spec. Yang aku kisah pasal kepala aku ni haa. Pening, pening dan pening. Hari hari pening!

Nak sekolah pun tak terdaya. Dahlah kelas aku tu bising. Cakap dengan cikgu pun, cikgu bukan faham pun huhu, Sedih betul. Aku dah penatlah asyik menangis menahan sakit ni. Sakit kepala tu ada satu masa dia tak sakit. Sekarang ni aku asyik hentak kepala aku kat dinding aje. Ketuk ketuk ketuk! Bilalah nak baik.

Aku cuba jugak amalkan selawat. Dah ok sikit. Lepas tu bisa balik. Rasa macam ahhh!!!! Hanya Allah swt je tahu betapa sakitnya kepala aku ni. Menyucuk nyucuk!

Aku nekad nak pergi check kat klinik lagi. Bulan 2 hari tu dah check. Doktor cakap aku tekanan. Nanti kali ni aku nak bagi hujah kat doktor tu panjang panjang. Geram aku tau. Orang sakit kepala dia cakap tekanan pulak. Dahlah tahun ni aku nak spm. Trial dah nak dekat. Ya Allah, tolonglah aku. Hmmmm...

Aku harap semua dipermudahkan. Insya-Allah amin...

P/s :

Aku tahu sakit kepala aku ni bukan sakit kepala biasa. So, aku harap sebelum aku tutup mata, aku nak mintak maaf kat semua orang yang aku pernah buat salah. Maafkan aku eh!

Saturday, 11 June 2016

Management & Science University (MSU)

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari! Before I'm finish my homework, let talk about the superb university, MSU. What MSU? MSU is Management & Science University that I visit on 30 May 2016. Ira akui siapa masuk U ni mesti jadi famous. Bukan apa, MSU ni selalu jadi pengambaran tv hehe. So, Ira nak share pengalaman Ira sepanjang melawat U ni. Untuk pengetahuan korang, MSU ni U swasta tau.

Kalau nak masuk sini, kena bayarlah. Tak silap Ira, ada jugak biasiswa yang ditawarkan. Apa yang Ira dengar spm kena banyak A jugak kalau nak ambik bidang sains. Lebih kurang RM 60 ribu ringgit kot semata mata nak belajar course yang kita ambik tu. Yang course lain tu Ira tak taulah. If korang nak tahu lebih lanjut, bolehlah tengok laman rasmi MSU sendiri.

Nah laman rasmi MSU .....

Apa yang menarik tentang MSU ni ialah bangunan dia besar. Sumpah bangunan dia cantik then kalau first time datang sini confirm sesat. Ira sendiri pernah sesat tau huhu.


Time bas nak masuk ke MSU...





Sedapnyaa! This is bakery station...


Spa! Ni rawatan muka cara thai...

Fashion designer. Nak tempah satu baju raya boleh tak? Hehe.


MSU berdepan dengan stadium serta Tesco.


Spa again.


Kolam renang di MSU.


Hospitality.

Ira tak banyak sangat amik gambar dengan orang sebab kebanyakannya Ira rakam untuk buat kenangan. Yang paling best bila dapat tengok hasil kerja projek akhir student MSU. Cantik tau pameran dia orang. Kalaulah satu hari nanti Ira boleh hasilkan kerja yang marvelous macam student student tu.

Kenangan yang paling menyeramkan dan menyakitkan bila masuk bilik mayat. Bila tengok air dalam besen tu pedih mata oh! Tak seram pun sebenarnya. Cuma menggelikan bila pensyarah tu cakap dia amik organ mayat tu untuk buat kajian.

Dekat bilik mayat dengan bahagian forensik memang tak boleh amik gambar. Keras katanya. Nanti dia boleh ikut kita balik. Cehh takdelah. Gurau je. Actually memang tak boleh ambik gambar. DILARANG SAMA SEKALI!

Yang paling best bila pensyarah tu cakap filem munafik tu pun shooting kat MSU. Tengok tak bahagian yang Nabila Huda masuk kat dalam tempat simpan mayat tu? Ira tengok sendiri tau dengan mata kepala Ira. Bukan tipu. 


Ni jelah mampu. Bilik untuk joget rasanya.

Sayang tak dapat masuk kat gym MSU. Sebabnya female session. Yalah privasy lah en. Dapat lalu je. Huhuhu.

Finally, tu jelah pengalaman Ira. Malas nak taip panjang panjang lagi. Nak tahu sangat, belajarlah kat sana sendiri :p Semua course ada. 


Bersama adik lelaki Ira yang nombor 4. Dia ahli kelab doktor muda. Ira lupa nak bagitau, yang pergi MSU ni bukan semua orang. Cuma ahli kelab doktor muda dengan budak kelas 5 Sains 1 & 5 Sains 2. Kita orang pun ada belajar cara cara nak buat CPR tau!


Ni lah dia pensyarah yang Ira cakap tu. Cantik kan dia? Comel je senyuman puan apa ek, lupalah nama dia hehe. Yang penting Ira dapat ambik gambar dengan salah satu pensyarah di MSU...

That's all.  Babai!

Selamat berbuka puasa bagi umat Islam yang sedang berpuasa sekarang ni :)















Friday, 10 June 2016

Serba serbi simple

Assalamualaikum...


Maaf semua, sebab aku dah lama tak bahasakan diri aku dengan nama Ira. Maaf juga sebab bahasakan diri dengan 'aku'...

Bila agaknya aku nak buat spec ek? Mata dah rabun tahap gaban ni. Tu spec siapa pulak? Spec kawan akulah Mira hahaha.

Saja nak selfie dengan spec tu. 

Kalau korang nak tahu, aku ni serba serbi simple. Tak kisah pakai apa pun asalkan bergaya! Aku tak pandai nak dress up tapi sekali aku dress up, tak ingat dunia! Mekap? Gincu? Eye liner? Celak...? Aku tak minat pakai semua tu sekarang. Tunggulah satu hari nanti dah betul betul berduit barulah teringin nak pakai. Buat masa sekarang huduh kot kalau aku pakai semua tu. Nampak macam pondan sesat....

So, itulah salah satunya ciri ciri diri aku yang korang kena tahu. Serba serbi simple. Simple! Natural! Be myself...

Tak perlu ikut cara orang. Cukuplah kita ikut cara kita sendiri. Lagi bagus.

My birthday all pink !

Assalamualaikum...

Morning gais. Saja nak post pasal birthday hari ni. Agak agak kenapa aku post pasal benda ni hari ni? Bangun tidur je terdetik nak post pasal birthday.

Aku besyukur kalau Allah swt masih panjangkan umur aku bila menjelang hari jadi aku. Birthday or hari jadi aku jatuh pada hari raya ke 23. Dah nak habis raya dah pun. Bila tu? 28 JULAI 2016. Tarikh lahir aku 28 JULAI 1999.

Sebenarnya tak ramai pun yang tahu birthday aku ni bila. Kalau aku cakap pun, bukan ada orang ingat pun. Nak tunggu aku ingatkan barulah ingat. Aku peliklah kadang kadang. Kenapalah orang lain senang aje ingat birthday bff dia macam aku ni. Tapi orang tak pernah pun nak ingat birthday aku. Aku pun teringin jugak nak orang buat surprise untuk hari jadi aku. Bilalah ek. Teringin sangat.

Hmm... Nak harap kan kawan kawan aku? Hampeh. Semua lupa daratan aje. Siap unfollow aku lagi kat insta. Aku ni tak pernah terfikir pun nak unfollow dia kat insta or mana mana laman sosial. Yalah, dah berjaya duk kolej kan. Mana nak ingat aku. Dah ada ramai bff baru. Aku yang kawan lama dia ni campak ke laut. Tak ingat langsung. Waktu susah je ingat.

Yang paling aku sakit hati sangat bila ada birthday bff dia, dia post siap lagu lagi kat aku. Aku ingat kan dia nak wish aku kat whatsapp. Sakit wehh hati. Birthday aku dia tak ingat langsung. Rupa rupanya dia cuma nak pendapat aku aje. Ok tak ayat kita ni? Puihh.

Aku rasa hanya Allah swt dengan keluarga aku je tahu bila aku lahir kat dunia ni. Orang lain mana nak ambik tahu. Sebab tu aku malas nak bagitahu sesiapa pun. Lagi lagi birthday aku dah nak dekat ni. Lantaklah. Bukan ada orang kisah pun dan mungkin tak ada langsung orang kisah pasal hari jadi aku.

Lepas ni aku dah tak nak berharap lagi dah yang akan ada orang ingat apa apa pasal aku. Bayangkan. Bila susah, berebut nak cari aku. Bila senang, lupa macam tu je. Hahahahaha. Rasa nak gelak guling guling kat sini. Bila aku fikirlah kan, aku rasa macam tak wujud aje kat dunia ni. Rasa macam tak penting langsung. Sampai birthday pun takde orang nak ingat.

Aku ada post pasal ni hari tu. Ramai yang bagi respon positif. Cuma aku tak puas hati lagi dengan apa orang dah buat kat aku. Hina sangat ke aku ni? Hmm. Penatlah. Aku penat asyik nak taip panjang panjang kat blog ni. Orang pun dah penat nak dengar aku mengeluh setiap hari. Ya Allah, aku harap aku tak nak ingat langsung tarikh hari jadi aku. Aku nak lupakan semua. Biarlah ada orang yang ingatkan aku.

No ic lah sebenarnya yang buat aku selalu ingat hari jadi aku ni. Haih. Sabar jelah. Tak apa, nanti hari jadi aku, aku nak buat muka bodoh je satu hari tu. Hari khamis tu waktu sekolah. Dahlah hari khamis aku paling tak suka datang. Jadual penuh.

Kek, teddy bear, muffin, coklat jar... Ahh, aku teringin nak semua tu bila waktu birthday aku. Lepas tu semua warna pink. Indahnya! Hehehehe

Lepas tu ada orang bawak aku pergi pantai... Aww sweetnya hahaha. Dah gila dah aku ni. Nak spm wehh. Tak payah fikir pasal semua tu. Insya-Allah kalau ada rezeki adalah tu orang buat macam tu kat kau. Aku harap sebelum aku tutup matalah...

Life must always happy...
Yeah!






Wednesday, 8 June 2016

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum...


Ramai orang cakap kalau aku belajar betul betul aku jadi orang. Maksud jadi orang kat situ mungkin aku akan berjaya satu hari nanti. Itulah azam aku selama ni. Kalau aku berjaya, dapat kerja bagus aku nak tolong mak ayah aku.

Tapi tak semestinya kita belajar ke menara gading tu semua dapat kerja bagus. Kadang dengan spm pun boleh berjaya. Ye eh?

Ada cikgu cakap sekarang orang dah tak pakai spm lagi dah. Habis tu? Nak belajar sampai PHD? Insya-Allah kalau ada rezeki lebih. Tak paksa. Aku tak takut spm. Tapi apa yang aku takut sekarang ialah keadaan. Keadaan yang memaksa aku jadi macam ni. Kadang aku nak study. Tapi tak ada mood. Mood ke laut dalam mana entah. Nak study ni kena istiqamah betul betul. Kalau tak istiqamah, dengan kau kau masuk ke laut tu haha.

Haa itulah yang paling takut tu. Kalau aku leka dengan phone, lappy semua ni nanti aku terpesong. Dengan kepala ni haa selalu sakit entah kenapa. Aku risau sangat dengan keadaan aku sekarang. Risau gila wehh. Siapa tak risau.Nampak je muka aku lek lek macam ni. Sebenarnya risau!

Mak dengan nenek aku selalu cakap kenalah selalu doa... Mintak tolong Allah swt. Yes. Aku tau Allah swt sentiasa ada dengan aku. Aku je ni yang selalu lalai. Ya Allah, sekarang ni aku nak sangat study. Aku nak sangat berusaha untuk dapatkan banyak A dalam spm. Trial bulan 8. Spm bulan 11. Sekarang ni dah bulan 6. Lagi sebulan je lagi. Hmmm risaunya...

Aku redha kalau aku dah usaha keputusan aku tak membanggakan. Memanglah redha tu bagus. Kalau tak usaha, dapat markah semua teruk, kau jugak yang tak redha sebenarnya. So, fikirlah. Aku harap aku dapat hadirkan mood aku nak study tu balik. Insya-Allah amin...


Tuesday, 7 June 2016

Tutorial : Ayam Adobo (Filipina)

Assalamualaikum...



Holla gais! Dalam bulan puasa ni mesti teringin nak cuba masak pelbagai juadah kan? Haha lagi lagi juadah yang istimewa macam ayam adobo ni. Pernah dengar tak? Ira pun first time dengar ayam adobo masakan filipina ni. Padahal ayam masak kicap je pun. Cuma dia lain sikit. Ira tahu resepi ni dari drama bibik bibikku hahaha.

So nak cuba buat tak? Jom...

Bahan - bahan :


  • 300g - 400g ayam 
  • 1 cawan cuka
  • 3/4 cawan kicap (saya guna kicap lemak manis Jalen je. Bukan kicap pekat, bukan kicap cair.) 
  • 1/2 labu bawang putih (asingkan, titik dan buang kulitnya)
  • 1 - 2 sudu teh lada hitam biji - Tidak perlu ditumbuk/dihancurkan kerana kita mahu rasa lada hitam yang tidak terlalu kuat. Just nice.
  • 2 - 3 keping daun salam.
  • Garam (jika perlu)
  • Sedikit minyak untuk menggoreng ayam.
Cara cara : 

  1. Bersihkan ayam. Perap ayam bersama cuka, kicap, lada hitam, bawang putih (jangan lupa titik/tumbuk dulu untuk keluarkan rasa garlicky-nya) dan daun salam. Ada yang perap semalaman supaya perapannya lebih mesra. Saya perap 2 - 3 jam je. Dah cukup dah, insya-Allah.
  2. Setelah diperap, gunakan frying pan (kuali leper) dan panaskan sedikit minyak. Sedikit sahaja tau! Goreng ayam hingga masak dan bahagian luarnya crispy sedikit. Balik-balikkan ayam supaya gorengan sekata.
  3. Setelah ayam masak, masukkan kuah perapan tadi dan didihkan seketika sehingga liquidnya reduced dan memekat sedikit. Perasakan dengan garam (jika perlu). Jika mahu kerangupan bahagian ayam dikekalkan, keluarkan ayam dari kuali sebelum reneh dan pekatkan kuah. Apabila nak dihidangkan baru masukkan ayam ke dalam kuahnya. Dua-dua cara pun boleh.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba !

Sunday, 5 June 2016

Bulan Ramadhan dan Aku

Assalamualaikum...

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan ramadhan. Esok pagi dah kena bersahur! Aku macam tak percaya aje dengan dunia sekarang. Cepat betul masa berlalu. Tengok tengok dah pertengahan bulan. See? Nampak tak yang aku ni semakin tua... Haha. So sekarang orang dah start pergi terawih. Aku je sibuk update blog kat rumah. Hmm.  Bukan apa. Aku risau sangat sekarang ni. Dengan period tak teratur.

Kalau masuk bulan Jun ni, dah 3 bulan  dah aku tak period. Aku banyak kali jugaklah buat searching kat google sebab apa aku tak period lama bebenor ni. Siapa tak risau wehh. Dulu tak period sebulan, sebulan lagi tu dah keluar dah. Sekarang ni makin tak teratur pulak dah. Ya Allah, apa dah jadi dengan aku sebenarnya? Dah lah tadi aku solat zuhur sampai rakaat ketiga je lepas tu berhenti. Mati matilah aku ingat dah keluar. Serius blood tu dah nak keluar. Tengok tengok tak ada. Punyalah sakit hati aku der.

Maaf entry aku kali ni bahasa kureng sikit. Aku takde mood sebenarnya. Stres gila woii bila banyak masalah yang membebankan kepala otak aku sekarang ni. Niat aku, bulan puasa ni nak berubah jadi baik. Cuba nak jaga solat, jaga adab. Jaga mulut. Tapi memikirkan masalah aku ni, semua niat tu hilang. Aku jadi kurang ajar balik. Haih. Niat dah ok dah. Mulut aku macam sakai sikit. Tak boleh nak kawal.

Agak agak boleh tak aku puasa esok? Aku risaulah. Tadi masa aku mandi keluar berantai. Mak aku kata sebab aku dah lama tak period. Nak keluar sikit sikit tu. Uishh kalau aku tengah puasa enn, tetiba keluar. Ya Allah, risaunya! Maaf sekali lagi tentang entry aku ni... Aku cuma nak mintak pendapat orang yang berpengalaman.

Ekceli banyak benda lagi yang membebankan kepala aku ni haa. Dengan masalah rabun aku ni. (Spec tak buat lagi) Dengan masalah keluarga lagi. Masalah study lagi. Nak spm en. Banyak ahh. Aku cuba nak selesaikan satu per satu tapi failed. Hancur! Semua aku tak boleh kawal. Entah aku pun peliklah dengan diri aku ni. Sekejap jadi jahat. Sekejap jadi baik. Entah nak jadi apa tah. Kalaulah aku kerja macam dulu. Semua aku boleh selesaikanlah. Aku ni memang jenis yang tak suka mintak orang duit. Aku rasa bila aku mintak duit macam menyusahkan. So, better... Tak payah mintaklah.

Kalaulah aku boleh lupakan semua... Ingatkan dah pergi bukit broga hari tu, tenang fikiran aku. Rupanya tak jugak. Balik rumah ingatkan dah hilang stres. Makin sakit kepala otak aku ni.

Saya, Nur Nadhira Binti Ahmad Jais ingin memohon maaf atas segala kesilapan yang saya lakukan selama ni. Kalau tersilap kata. maafkanlah diriku ini. Saya memang tak boleh kawal diri kalau terlampau tekanan. Mak, ayah kakak nak mintak maaf kalau kakak ada buat salah selama ni. Bukan ada, memang banyak. Kakak nak mohon maaf dari hujung kaki. Halalkan makan minum kakak selama ni.

Selamat menyambut bulan ramadhan semua!


Tuesday, 31 May 2016

Dunia macam drama!

Assalamualaikum...


Now I can't believe anyone anymore because everything that I hear are only half of what I see. That quote are very true of my life. I'm not understand why this world always like drama! I hate all of this drama. Sometime I think there was not deal. I have know many people that always give me nasihat about life. Maaf, Ira speaking sikit.

Umur sekarang lah Ira nak kenal dengan ramai orang. Orang cakap start umut 17 tahun hingga 22 tahun ni kita kenal dengan bermacam macam orang. Tak kiralah perangai dia macam mana, hidup dia, kisah dia. Kita tak tahu lah kan? Kita ni siapa nak tahu semua pasal korang? Tu semua kerja Allah swt. Kita hanya mampu merancang.

Sekarang Ira cuma nak luah kan rasa syukur sebab hati Ira lega. Lega bila dah maafkan semua orang. Walaupun dia tak buat salah, Ira tetap maafkan. Nanti bila mati susah. Apa yang Ira nak fokus kat sini ialah tentang hidup. Tujuan Ira bukan nak bukak aib tapi pandangan dan berdasarkan apa yang Ira nampak dengan mata kepala Ira sendiri.

Walaupun Ira ni bukanlah baik sangat tapi apa yang terdetik kat fikiran Ira ni semua betul. Kadang kadang Ira selalu tertanya tanya, kenapa Allah swt uji aku macam ni? Uji orang miskin tu macam tu? Uji orang kaya tu macam tu pulak? Hmmm, semuanya ada hikmahnya. Ada kebahagiaan di sebaliknya. Hidup dengan percintaanlah yang paling banyak dugaannya. Antaranya, dugaan nak elak daripada zina. Zina mata, zina mulut, zina hati dan sebagainya. Memang susah  nak elak semua benda tu.

Ira jujur, Ira ni bukannya alim sangat. Ira mengaku yang Ira pun pernah cintakan seseorang. Tapi Ira masih waras lagi. Ira takkan buat kerja gila. Iman Ira masih kuat. Hanya Allah swt, Nabi Muhammad SAW, keluarga yang Ira cintai. Kawan kawan? Kawan kawan dengan cinta, tu belakang cerita. Sebab dua benda tu banyak penggantinya. Kalau hilang yang tu, dapat yang baru. 

Nak kahwin pun banyak dugaan. That's why, ramai yang cakap kahwin tu sekali aje. Yang sekali tulah biar meriah. Insya-Allah...



Saturday, 21 May 2016

Pretty like Elsa!

Assalamualaikum...

Actually, I really want to be pretty like Elsa. Who is Elsa? She is important character in film Frozen. At first, I'm just look short trailer in tv. I think the film was boring but when I watch, the film is so interesting. I can't believe that Elsa can freeze everything. Only her can do. But Ana, her sister can't do freeze like her. I like the film so much. I love the character Elsa. She is so pretty. Her skin like ice. If you all don't believe, try watching the film! You can watch it at youtube or buy the CD.

Now, I want tell you all about something that I really want to be. I want to be pretty. Sometime I was shy when my face grow to many pimples. I know my skin is so sensitive with sun. That's why I should care about my face. I use skin care to keep my face clean. But now, my face have too many pimples at forehead.

When I look my friend getting pretty and flawless, I'm so jealous you know! I jealous because they have flawless skin and good in dressing. They know how to become gorgeus! Sometime I look them like an artist. An actress too. Talk about actress, I haven't meet them. Can you help me? Help me to be an actress. So I can meet my favourite actor and actress easily. Argh! Are you think I'm too over? Hehe.

Look at me, just selfie at home. I hope one day, I can travel at interesting place. Do you know at Malaysia have many interesting place that we don't know? Err, like Zoo Negara, Pantai Morib. Genting Highland, ICT, Sunway Lagoon and every state have their own theme park. Am I right? Yeah!






KERJAYA SEORANG GADIS

Assalamualaikum...

Ramai orang kat dunia ni mesti nak yang terbaik untuk hidup dia orang kan? Samalah macam Ira. Ira pun nak yang terbaik dalam hidup Ira. Sekarang ni tak semestinya belajar 6 jam kat rumah sampai terjenggil biji mata boleh mintak kerja yang bagus bagus. Sebenarnya tak pun. Sekarang mana mana kita boleh belajar. Nak ambik kemahiran pun boleh. Tapi Ira tak cakap semua eh. Kalau ada duit lebihlah. Siapa yang lahir dari keluarga yang berada tu pun tak kisah. Tapi berada tak berada, sekarang dah boleh buat pinjaman kat mana mana bank untuk sambung belajar. Hehe.

Sekarang ni Ira nak kongsi dengan korang tentang impian Ira. Walaupun korang nampak Ira ni otak gila gila, pendiam ke, nampak macam bodoh tak tahu apa apa ke en. Ira pun ada cita cita dan impian jugak. Ira dah tetapkan masa depan Ira. Ira dah cakap dengan diri sendiri, dengan keluarga, kawan kawan yang Ira nak kerja dulu baru sambung belajar. Ye eh? Macam ni sebenarnya... Cari kerja, ENJOY, tolong family and then barulah sambung belajar. Jodoh? Itu kemudian. Belum terlintas lagi pasal tu. Padahal fikir jugak haha...

Memang betul. Itulah yang Ira harapkan selama ni. Ira nak bahagiakan hidup family Ira dulu. Korang nak tau tak kenapa Ira caps lock perkataan enjoy tu? Sebab... Ira nak masa muda Ira seronok macam orang lain. Orang lain boleh, Ira pun nak jugak! Enjoy tu berpada padalah. Simpan sikit duit untuk sambung belajar. Mungkin umur Ira dalam 20-an, Ira nak sambung belajar. Buat masa sekarang ni, enjoylah babe...

Azam Ira, kalau boleh Ira nak berubah. Jadi yang lebih baik lagi. Ira nak sempurnakan hijab Ira dulu. Lepas spm ni. Yalah, sekarang kan hijab Ira tak betul. Pakai tudung pastu kadang kadang pakai lengan pendek. Hati Ira memang dah lama nak berubah cuma keadaan yang tak mengizinkan. Insya-Allah satu hari nanti Ira akan tunaikan hajat Ira untuk menutup aurat dengan sempurna. Ira nak jaga solat Ira. Itu yang penting.

Cakap pasal kerjaya, Ira ni semua benda Ira minat. Nak jadi doktor psikologi, penulis, pelukis, usahawan, nurse, staff nurse, artis, pelakon, model, ahli pengkaji dunia... Ceh! Banyak gila cita cita kau! Yes, memang banyak pun. Sebab tulah Ira tak tau nak jadi apa. Semua Ira minat. Buat kek pun minat hihi. So korang rasa Ira patut pilih kerjaya yang mana? Pengomen cita cita terbanyak, Ira akan pilih cita cita tu. Kalau boleh bagilah dorongan kat Ira yang masih setahun jagung ni. Sportinglahh sikit :)

Sekian. Doakan Ira berjaya ya!




Friday, 22 April 2016

Throwback kenangan di Bandar Singa

Assalamualaikum...

Gais, perasan tak Ira lupa nak share dengan korang tentang sesuatu? Cuba teka apa? Haa, kali ni Ira nak throwback kenangan Ira di Bandar Singa. Mesti korang tertanya tanya kan... Apa benda minah ni, tetiba pulak pergi Bandar Singa... Bandar Singa tu Singapura lah! Hehe. Kali pertama Ira pergi melancong ke luar negara ni. Bangga beb!

Sebenarnya tarikh Ira melancong ke Singapura ialah 1 April 2015 sampai 3 Mei 2016. 3 hari 2 malam. Maknanya dah setahun lebih dah kenangan ni. Baru nak update kat blog. Huhu. Apa yang Ira boleh cerita kat sini negara Singapura ni banyak bangunan yang tinggi tinggi. Bentuk bangunannya pun unik tau. Terutamanya Marina Bay Hotel. Ira tak tipu tau. Kalau tak percaya jom tengok gambar gambar yang Ira tangkap sendiri ni...



Ini dia Marina Bay Hotel! Kat atas tu ada kolam renang tau. Ira teringin sangat nak booking hotel ni. Cehh tunggulah satu hari nanti. Bayaran dia mak oii... Ira lupa bayaran dia berapa. Boleh tengok kat google ehh... Kalau tengok malam malam cantik tau!



Video pemandangan Marina Bay Hotel dari Tugu Singapura. (Pada waktu malam)



Hebat tak? Ni Ira tangkap gambar sendiri tau. Hihi.


Mermaid + Lion = Merlion


Universal Studio Singapore!









Finally, Ira besyukur sangat dapat melawat sambil belajar kat negara Singapura ni. Melawat dengan melancong tak sama eh? Entahlah. Bagi Ira sama je. Hilang jugak stres. Hehe. Ok lah babai!










Anugerah Pilihan Pembaca

Assalamualaikum...

Apa tu Anugerah Pilihan Pembaca? Sebenarnya macam ni, Ira tengah cari idea untuk buat cadangan kerja kursus akaun Ira. Ira sajalah bukak emel nak tengok ada apa apa yang menarik masuk kat emel kan. Tengok tengok Popular yang bagi emel suruh undi. Hehehe. Biasalah kalau korang tengok Popular memang rajin bagi emel kat Ira. Siapa yang jadi ahli lah...


Tengok, kan dah cakap Popular memang rajin bagi emel.



 Bila bukak je emel tu keluar lah macam ni. Apa lagi? Klik di sini lah! Itulah tujuan Ira share ni. Sebab hari ni last nak undi pembaca pilihan korang! Tunggu apa lagi? Pergi undi laju laju sebelum penyertaan ditutup.  Bukan senang nak dapat hadiah. Ira pun cuba nasib aje.


Tadaa! Tick 3 buku yang korang minat.


Finally, isi borang yang dia bagi ni. Boleh dapat kan borang di kedai buku popular yang berdekatan korang :P  Then tekan undi  yang warna merah tu. Lepas tu three! Ceh takdelah. Nanti dia akan keluar terima kasih kerana mengundi. Tak percaya? Cubalah.

P/s : Halakan cursor korang pada gambar supaya gambar membesar dan nampak jelas. Selamat mengundi ye korang!










Monday, 11 April 2016

Nuffnang !

Assalamualaikum gais...


Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas.

Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :)

*Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Sunday, 10 April 2016

Video Game !

Assalamualaikum gais...

Selamat malam! Sebenarnya hari ni Ira nak share pasal video game yang dicipta khas dari classmate Ira iaitu Ijan. Sumpah Ira cakap, bila tengok video yang dia buat macam mat salleh yang buat. Taraf barat gitu. Bangga mak ayah dia. Ira tak tipu ni. Cuba tengok ni...


Banyak pulak tu video berkenaan game yang dia main. Kalaulah Ira boleh jadi macam dia ni. Haha. Kalau Ijan boleh buat video yang hebat macam tu why not Ira buat blog gempak kan? Hohoho. Ni lah salah satu contoh video yang dicipta :



Friday, 8 April 2016

Antara rupa dan hati, mana satu yang penting?

Assalamualaikum...




Kesian blog ni. Asyik diabaikan jek. Tengoklah siapa tuan punya blog ni. Pemalas nak update blog. Apa apa pun still nak bukak blog jugak kan? Bila ada kerja berkenaan dengan internet, tangan terus laju nak bukak new tab then update... Ira tak tipu sebenarnya bulan april dengan bulan mei nanti masa Ira padat betul. Tengoklah bila Ira list kan semua kerja yang patut buat. Memang banyak oh!

Dengan kerja kursus akaun lagi, kena buat dalam masa sebulan! Then oral untuk english dan tambah lagi dengan homework yang bertimbun. Takpelah tahun last kenalah banyak berkorban sikit. Walaupun kadang kadang stres jugak bila fikir pasal semua kerja ni. Macam tak cukup cuti dua hari ni. Lepas tu Ira risau pasal mid year exam nanti. Ya Allah, banyak betul kerja... Chill!

Ok kita berbalik pada tajuk post hari ni. Antara rupa dan hati, mana satu yang penting? Haa, jawab cepat! Lagipun korang dah lama tak komen kat blog Ira en. Sampai hati... Bagi Ira, dua dua penting. Tapi hati lagi penting. Rupa tu cuma sampingan je. Tapi sekarang ni orang lagi suka cari pasangan yang mengikut rupa. Terutamanya lelaki. Betul tak? Perempuan tak kisah asalkan lelaki tu boleh ambik hati dia dan jaga dia. Hehe... Macam Iralah. Ira tak kisah lelaki tu handsome atau tak. Kalau dia pandai ambik hati Ira dan ikhlas nak berkawan, Ira terima. Kalau tak, jangan harap! 

Ira ni kadang kadang boleh detect jugak siapa yang suka pilih pasangan yang ikut rupa. Banyak... Yang paling banyak kat sekolah Ira. Ira selalu dengar dia orang nak cari yang lawa lawa je. Yang tak lawa reject. Ada pulak macam tu? Tapi kalau dah jodoh, siapa yang nak tolak kan. Memanglah Ira selalu dengar lelaki kalau dah matang dia akan cari yang solehah. Ira rasa istilah tu dah tak sesuai sebab Ira tengok lelaki sekarang memang tak pandang yang tak ada rupa. Wahai kaum lelaki, korang boleh tahu ke yang cantik tu hati dia cantik jugak? Tak semestinya. 

Ira tak nak mention kaum perempuan kat post ni. So sekarang, Ira mention lelaki je. Maaf......! Sebab tulah Ira ni tak ada peminat. Cehh :P Kan Ira dah cakap, Ira ni bukan tak cantik, tapi kurang cantik. Ira takkan berkawan dengan orang yang suka memilih kawan ni. Eh jangan ingat tak ada orang yang pilih kawan ni. Ada. Kat sekolah Ira pun ramai orang macam tu. Yang cantik jadi geng dia. Budak budak hot, hipster konon. Padahal sebaliknya. Hmm...

Bagi Ira semua orang kat dunia ni kawan Ira. Siapa yang tak kenal Ira, dia memang tak berminat nak jadi kawan Ira. Siapa yang dah betul betul jadi kawan Ira, Ira akan layan dia macam adik beradik Ira. Tak percaya? Datanglah sini... Bak kata dalam gambar tu, kecantikan menarik mata yang memandang tapi personalitinya menangkap hati. Yeke? Gambar tu yang cakap... Tak tahulah betul ke tak. Ira sokong siapa yang pilih pasangan yang tak mengikut rupa dan bercinta lepas kahwin ni. Ira akui bercinta lepas kahwin memang best. Kau dah kahwin ke? Eh takdelah. Saja je cakap. Walaupun Ira ni teringin sangat nak bercinta macam orang lain. Buat masa sekarang, belum ada jodoh yang sesuai lagi. Hihihi. Belajar dulu ya dik... 

Ira selalu cakap dengan mak Ira, "Kakak nak kumpul duit dulu, tolong family dan barulah sambung belajar." Jodoh tak termasuk. Mak Ira selalu cakap nanti kau kerja jumpalah tu. Insya-Allah amin. Ira harap satu hari nanti Ira jumpa jodoh yang sesuai.. Jangan lupa doakan Ira dalam spm ya :)

Kesimpulannya, hati lagi penting dari rupa kerana rupa hanyalah sampingan saja. Nak cari orang yang ada rupa boleh, tapi berpada padalah. Jangan over! Kita semua ni memang ada rupa. Semua ciptaan Allah swt, semuanya cantik. Sekian.