Thursday, 18 August 2016

Cerpen : Suatu Hari Di Bukit Broga

Kenangan yang mengembalikan ingatanku...”

Sejak tersedar dari koma, Farina sering tertanya-tanya. Di manakah dia? Siapa dia dan... Mengapa dia perlu terlantar selama berbulan-bulan sedangkan orang lain gembira tanpa dugaan pun. Lebih-lebih lagi dia perlu menghadapi amnesia. Dia langsung tidak mengenali sesiapa pun kecuali mama dan papanya.

“Arin?” sapa seseorang yang dia tidak mengenalinya.

“Awak siapa? Macam mana awak boleh tahu nama saya?” ujar Farina. Matanya kembali memandang kolam ikan di taman mini rumahnya.

“Aku Amira. Takkan kau tak ingat siapa aku walau sikit pun? Aku kawan kau Rin.” getus Amira.

“Maaf, tak. Aku amnesia. Aku tak boleh ingat sesiapa pun kecuali mama dan papa aku.”

Amira terdiam. Dia memegang tangan Farina lembut. “Aku tahu macam mana nak pulihkan ingatan kau. Ikut aku esok pergi satu tempat. Tempat tulah kita sama-sama menggila dan kat situlah seseorang yang kau cintai jaga kau sampai kau jatuh. Mungkin kau hilang ingatan sebab kau tahu dalam hati dia masih sukakan cinta pertama dia...” terang Amira.

“Eh yeke? Bukan ke mama aku cakap aku kemalangan sampai aku koma?” Farina tidak puas hati. Kepalanya terasa sakit apabila mahu mengingati perkara yang sudah berlalu.

Keesokannya, Amira menjemput sahabatnya dari rumah dan terus ke bukit Broga. Mata Farina kaku melihat keindahan bukit itu. Kepalanya terasa sakit. Dia sukar untuk ingat. “Mira, tak boleh ke kau cerita semua? Aku dah penatlah asyik nak mengingat. Kepala aku sakit.”

Amira senyum sinis. “Kejap.”

Selang beberapa minit, seorang jejaka datang dan memainkan lagu memori berkasih yang dinyanyikan oleh Achik dan Nana. Farina terkedu. “Siapa dia?”

“Assalamualaikum, Farina. Saya dah lama tunggu awak. Saya rindu awak, sayang.” ujar lelaki itu. Lelaki itu ialah Adi. Adi merupakan teman lelaki Farina sejak mereka berumur tujuh belas tahun lagi. Sehingga kini, Adi masih setia.

Amira senyum lantas meninggalkan mereka.

“Waalaikumussalam. Maaf, saya tak kenal awak.” balas Farina. Dia berpeluk tubuh.

“Tapi saya rindu awak. Rindu tentang kita. Takkan awak tak ingat tempat ni? Dan... Lagu memori berkasih tulah yang menemukan kita dulu.” kata Adi.

Farina menggeleng.

“Saya nak mintak maaf kat awak sebab dulu saya masih cintakan cinta pertama saya dan selalu tak ada masa dengan awak. Awak tau, saya bagai nak gila bila nampak awak jatuh dari bukit ni dulu? Masa tu kali kedua kita pergi mendaki.”

“Oh macam tu. Maknanya dulu awak menduakan perasaan sayalah? Pendapat saya walaupun saya tak ingat awak, awak tak patut buat macam tu. Saya rasa mesti saya jatuh dari bukit tu sebab saya terlalu pendam perkara tu.”

“Sebab tu saya rasa serba salah sampai sekarang.”

Kaki Farina tersalah langkah. Kakinya tersadung batu lantas jatuh terhantuk. Darah dari kepalanya deras mengalir. Pandangannya gelap seketika.

Tiga hari kemudian...

Farina sudah ingat segala-galanya. Rupa-rupanya disebabkan terlalu cemburu dia jatuh dari bukit Broga itu. Kali ni dia pergi ke Port Dickson untuk menenangkan fikirannya. Dia cuba untuk melupakan tapi semakin dia mahu melupakan, rindu itu datang menghantui dirinya.

“Argh!!!” laungnya sambil ditemani bunyi deruan air laut. Dia membaling batu-batu kecil ke dalam laut.

“Rindu itu fitrah. Tipu kalau awak cakap, awak tak rindu saya dan mahu melupakan semua kenangan yang kita dah cipta? Kenapa awak diam Farina? Jawablah sayang!” ujar Adi sambil mendekati Farina.

Air mata Farina deras mengalir. Dia terkedu dan tidak terkata apa. “Saya tak rindu. Saya langsung tak rindu awak.”

“Tipu. Amira cakap awak dah ingat semuanya. Please sayang, say something.”

Farina melangkah jauh. Adi sempat mencapai tangannya. “Kali ni, saya tak sanggup nak tengok perempuan yang saya cintai cedera lagi.”

“Awak masih cintakan Tirah? Bukan ke perasaan awak tak pernah berubah walau sikit pun? Lima tahun awak sukakan dia dan awak tau, betapa sakitnya hati saya ni... Memanglah Tirah ada orang lain. Tapi saya cemburu jugak. Saya tak boleh terima kenyataan sebab bagi saya, saya ni orang asing dalam hidup awak,” ujar Farina.


Adi diam. Dia cuba melupakan gadis yang bernama Tirah namun sukar. Tapi dia tetap salah kerana dia, Farina jatuh dari bukit Broga. Hatinya berbelah bagi. “Maaf sayang, saya tetap tak boleh lupakan dia,” getus Adi.

“Jadi, lupakan saya. Anggaplah saya tak pernah wujud dalam hidup awak. Sia-sialah semua kenangan kita tu kalau awak masih cintakan orang lain. Dahlah, semoga awak bahagia dengan dia atau orang lain.” kata Farina.

Adi mengeluarkan kotak cincin yang berbentuk hati lalu menghulurkan pada Farina. “Sayang, saya datang sini bukan nak gaduh tapi nak melamar awak. Sudikah awak jadi isteri saya?”

Farina merenung cincin itu. Persoalannya sekarang, macam mana Adi tahu dia berada di Port Dickson? Oh lupa. Amira... Pasti Amira yang memberitahunya.

“Tak guna kalau kita kahwin pun awak masih simpan hati kat orang lain,” desisnya.

Adi pantas menyarunkan cincin itu di jari manis Farina. “Saya nak buktikan yang kali ni cinta saya bukan main-main dan cinta ini juga yang akan membawa kita ke pelamin.”

Farina diam. “Betul?”

Adi mengangguk. “Awaklah jodoh yang saya cari selama ni. Bukan Tirah dan bukan orang lain. Tirah ialah masa silam saya dan awak masa depan saya. Sejak awak koma, awak tak tau dah berapa banyak air mata saya mengalir untuk awak? Bila dengar awak dah sedar, hati saya dah cukup gembira. Tapi malangnya, awak amnesia. Awak langsung tak ingat saya. Nur Farina, saya ikhlas cintakan awak dan sayangkan awak. Kalau boleh saya nak awak jadi makmum dan ibu kepada anak-anak saya dunia dan akhirat.”

Setahun kemudian...

Akhirnya Farina dan Adi menjadi pasangan yang paling bahagia. Kini, Farina bakal melahirkan cahaya mata lelaki. Benarlah kata orang, cinta pertama mungkin jadi cinta yang terakhir tapi cinta pertama tak semestinya akan kekal di dalam hati selamanya.

“Saya sayang awak Adi...”

No comments: